OYO mengumumkan diskaun sehingga 70% untuk tempahan semua OYO hotel di seluruh Malaysia semasa cuti sekolah

– Pelan jaminan harga dan hasil pendapatan telah diperkenalkan untuk menyokong rakan kongsi hotel sempena musim cuti sekolah yang sedang berlangsung
– Cuti sekolah telah diumumkan mulai 10 Disember sehingga hujung bulan ini
– Tempahan hotel dijangka kekal kukuh semasa cuti sekolah kerana ramai yang memanfaatkan musim ini untuk percutian tahunan mereka

KUALA LUMPUR, Dec 23, 2022 – (ACN/NewsVoir) – Platform teknologi hospitaliti global OYO telah mengumumkan diskaun sehingga 70% untuk tempahan semasa cuti sekolah di Malaysia. Skim diskaun telah dilancarkan sehingga akhir bulan ini di semua hotel OYO dalam segmen berbeza seperti Collection O, Capital O, OYO Rooms dan Spot On di negara ini. Tahun ini, aktiviti pelancongan di Malaysia dijangka kembali pulih dalam tempoh singkat berikutan sambutan dan kehadiran pengunjung dari seluruh negara sempena cuti sekolah.

 

Skim ini dibuat khusus kepada pelancong yang merancang percutian tahunan mereka dapat menempah penginapan yang bersih, selamat dan selesa serta menambahkan lagi keseronokan kepada percutian mereka. Ia juga direka untuk meningkatkan inisiatif kerajaan untuk mempromosikan pelancongan domestik.

Menurut laporan Tourism Malaysia, kerajaan merancang untuk meningkatkan jenama dan imej ‘Cuti-Cuti Malaysia’ bagi mempromosikan pelancongan domestik secara agresif dengan memanfaatkan platform digital. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan pendapatan pelancongan dengan menarik pelancong domestik dan meningkatkan purata tempoh penginapan mereka. Di samping itu, terdapat rancangan untuk memasarkan dan mempromosikan ‘Satu Produk Satu Daerah’ sebagai tarikan utama pelancong domestik.

Skim diskaun OYO juga sejajar dengan Program Nomad Digital Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Nomad Digital pilihan dan menyokong komuniti tempatan nomad digital di negara ini sebagai pemangkin pemulihan pelancongan.

OYO mempunyai kehadiran luas merentasi rangkaian lebih 800 hotel di 75 bandar dan pekan di seluruh Malaysia.
Pelancong boleh mendapatkan diskaun ini dengan memuat turun Aplikasi OYO, mengklik ikon ‘Di Sekitar’ berwarna hitam untuk mencari hotel penyertaan yang sah di bandar pilihan mereka. Pilih daripada kod kupon ‘MYDEDAGANG55′,’OYODEDAGANG65’, ‘OYODEDAGANG55′,’ MYPSALE’ dan menekan butang ‘Book Now’ dan ‘Pay At Hotel’. Pelanggan juga boleh membuat tempahan melalui laman web OYO ‘www.oyorooms.com’ dan laman web seperti Agoda, Booking.com dan Traveloka.

Data tempahan OYO mendedahkan bahawa pelanggan lebih cenderung mencari hartanah yang bersih dan selamat. Hotel OYO yang ditandakan sebagai Sanitized Stays menerima dua kali lebih ramai pelanggan berbanding mereka yang tidak. Kebanyakan hotel dilengkapi dengan kemudahan seperti Wi-Fi dan penghawa dingin untuk memastikan
keselesaan yang maksimum kepada pelanggan.

Ankit Tandon, CBO Global dan Ketua Pegawai Eksekutif, SEAME berkata “OYO Malaysia berazam untuk menyediakan pelanggan dengan pelbagai jenis penginapan sambil memastikan fleksibiliti dalam tempahan dan jaminan kebersihan. Dengan tawaran ini, kami juga ingin mempamerkan kelebihan kami sebagai platform teknologi hospitaliti dengan pelbagai pilihan penginapan. Musim cuti sekolah juga merupakan peluang kami membantu rakan kongsi hotel dalam meningkatkan pendapatan mereka dengan memperkenalkan program jaminan harga dan hasil pendapatan. Program ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pihak rakan kongsi OYO dan sesetengah mereka juga melaporkan bahawa prestasi perniagaan telah meningkat.

Pelanggan memilih platform OYO atas pelbagai sebab, termasuk kebolehaksesan ke hotel OYO pada harga yang kompetitif, penginapan berkualiti, kemudahan penggunaan aplikasinya dan fleksibiliti platform OYO. Sebarang pertanyaan daripada pengguna boleh diselesaikan dengan menggunakan chatbot 24*7 OYO – Yo! Chat.

Website: https://www.oyorooms.com/my/

Media contact:
Abhishek Sinha
PR & Corporate Communications
Email: abhishek.sinha3@oyorooms.com