2,600 maut dalam 24 jam
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merekodkan pertambahan angka kematian hampir 2,600 kes akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam.
Ia menjadikan rekod terbaharu paling tertinggi kes harian di dunia, kata Johns Hopkins University (JHU).
Setakat 12.30 tengah malam tadi, seramai 2,569 mangsa maut direkodkan JHU.
Ia menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu mencecah 28,326, sekali gus tertinggi dunia.
Terdahulu Presiden Donald Trump pada petang semalam berkata, data sedia ada AS menunjukkan sudah melepasi kemuncak kes baharu.
Beliau hari ini dijangka mengumumkan langkah pertama untuk menamatkan perintah berkurung.
Setakat ini, jumlah kes jangkitan di seluruh negara itu mencecah 636,350.