Banjir: 50 maut di Jepun
Tokyo: Sekurang-kurangnya 50 maut, manakala lebih 12 orang masih hilang akibat banjir dan tanah runtuh di barat Jepun, pada Sabtu.
Ia selepas hujan lebat melanda wilayah berkenaan.
Pasukan penyelamat kini bertungkus-lumus untuk menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap.
Pihak berkuasa berkata, angka korban dijangka meningkat.
Perdana Menteri Shinzo Abe berkata, pihaknya sudah menggandakan jumlah kakitangan pasukan penyelamat kepada 80,000 orang.
Beliau berkata, ia termasuk bomba, polis, tentera dan pengawal pantai.