Covid-19: 20 juta orang dijangkiti

Washington: Kes Covid-19 di seluruh dunia sudah melepasi 20 juta den menyebabkan hampir 750,000 kes kematian.

CNN melaporkan ia berdasarkan data daripada Johns Hopkins University.

Kes baharu melonjak sejak virus itu kali pertama dilaporkan di China pada Disember lalu.

Jangkitan peringkat global mencecah satu juta tiga bulan berikutnya, iaitu pada 2 April.

Ia terus meningkat kepada 10 juta kes untuk tempoh kurang tiga bulan berikutnya.

Lonjakan itu disumbangkan menerusi kes di Amerika Latin, negara di kepulauan Caribbean dan Asia.

Amerika Syarikat kekal menjadi negara paling terjejas teruk dengan lima juta kes dan 160,000 kematian.

Ia diikuti oleh Brazil dengan lebih tiga juta kes dan lebih 100,000 kematian.

Sementara itu, India menjadi negara ketiga paling terjejas dengan lebih dua juta kes.

Malah, ia merekodkan dua juta kes hanya tiga minggu selepas mencatatkan satu juta kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19