Covid-19: India catat 61,537 kes baharu
New Delhi: India merekodkan 61,537 kes baharu dan 933 kematian akibat wabak Covid-19 dalam tempoh 24 jam.
Kementerian Kesihatan India melaporkan jumlah jangkitan Covid-19 di India terus meningkat kepada 2,088,611 dengan jumlah kematian sebanyak 42,518.
Agensi Xinhua melaporkan bahawa ia adalah hari kesembilan berturut-turut apabila kes harian baharu mencatat lebih daripada 50,000.
Sehingga kini sebanyak 619,088 kes aktif sedang menerima rawatan di seluruh negara itu dan sebanyak 1,427,005 pesakit sudah sembuh.
Kenaikan kes baharu Covid-19 itu disebabkan peningkatan pengambilan ujian di negara itu.
Melalui ciapan oleh Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR), mereka mengesahkan bahawa sebanyak 23,387,171 sampel Covid-19 diuji, di mana 598,778 sampel diuji pada Jumaat sahaja.