Covid-19: Kematian di AS diramal memuncak
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meramalkan kes kematian akibat Covid-19 di negara itu akan memuncak dalam tempoh dua minggu lagi.
Dalam satu taklimat televisyen di White House, Trump berkata, susulan ramalan itu, kerajaan memutuskan memanjangkan tempoh panduan penjarakkan sosial sehingga 30 April bagi memperlahankan penularan wabak itu.
“Kemuncaknya akan berlaku pada Easter.
“Pakar menjangkakan tahap kes kematian tertinggi, kira-kira dua minggu.
“Penting setiap orang mematuhi panduan itu,” katanya merujuk percutian festival penganut Kristian itu jatuh pada 12 April.
Trump menyampaikan ramalan itu berdasarkan penasihat perubatannya, Anthony Fauci, yang menganggarkan wabak itu boleh menyebabkan 100,000 hingga 200,000 kematian di negara itu.
Sehingga kini, AS merekodkan 123,750 kes jangkitan dengan 2,227 angka kematian.