Covid-19: Kes cecah 17 juta

Paris: Kes jangkitan seluruh dunia akibat Covid-19 terus melonjak kepada 17 juta.

Data terbaharu itu diperolehi AFP dari sumber rasmi setakat Khamis.

Sekurang-kurangnya 17,022,877 kes direkodkan akibat pandemik itu dengan jutaan jangkitan baharu dikesan dalam tempoh empat hari.

Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan 4,426,982 kes termasuk 150,713 kematian.