Dua beradik terpisah 50 tahun bertemu

CALIFORNIA: Dua beradik berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang terpisah lebih 50 tahun bertemu kembali selepas seorang daripadanya menjadi pembantu perubatan bagi pesakit Covid-19.

Memetik laporan United Press International, Bev Boro, 52, yang juga pembantu farmasi di Dunklau Gardens, Fremont melihat senarai pesakitnya sebelum menyedari nama Doris Crippen, 73, iaitu kakaknya yang cuba dijejaki sejak sekian lama.

Crippen dimasukkan ke hospital di Nebraska lebih sebulan lalu akibat patah lengan kerana jatuh ketika dirawat sebagai pesakit Covid-19.

Boro berkata, dia menggunakan papan putih untuk berkomunikasi dengan Crippen yang mengalami masalah pendengaran dan kedua-duanya segera mengesahkan mereka berkongsi bapa sama, Wendall Huffman.

Crippen dan Boro mempunyai ibu berlainan, dibesarkan berasingan, namun Boro diletakkan di pusat penjagaan ketika berusia kurang enam bulan sebelum dibela keluarga angkat.

Crippen anak sulung Huffman daripada 10 cahaya mata berlainan ibu, sementara Boro anak bongsu.

“Saya orang paling bahagia. Saya tak sangka akhirnya menemui adik saya,” kata Crippen yang menganggap Covid-19 dihidapinya sebagai rahmat apabila bertemu Boro.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19