Ilmu seluar dalam wanita
Balikpapan: Seorang pekerja syarikat perlombongan arang batu di Kalimantan, Indonesia sanggup mencuri seluar dalam wanita semata-mata kerana memenuhi syarat ilmu hitam untuk kekal awet muda.
Memetik Kompas.com, Ketua Forum Kerjasama Polis dan Masyarakat Tanah Merah, Syarif Setiadi berkata, lelaki berusia 36 tahun itu mengaku melakukan perbuatan mencuri itu kali pertama malam Khamis lalu.
“Suspek mengaku kepada penduduk setempat, dia mencuri seluar dalam itu sebagai tujuan syarat ilmu hitam untuk kekal awet muda.
Menurutnya, usaha menjejaki suspek bermula selepas ramai penduduk mengadu seluar dalam wanita hilang.
“Penduduk membuat intipan untuk menangkap suspek.
“Suspek ditangkap ketika asyik memilih seluar dalam wanita di ampaian milik seorang penduduk.
“Usaha menangkap suspek tidak berjaya kerana dia sempat melarikan diri sebelum penduduk membuat aduan,” katanya.
Katanya, suspek akhirnya berjaya ditahan ketika bersembunyi di Jalan Poros, Tanah Merah.
“Penduduk menemui seluar dalam wanita di kocek seluar lelaki itu sebelum dia dihantar ke balai polis berdekatan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Sungai Pinang Ramadhanil mengesahkan suspek tidak ditahan, sebaliknya hanya diminta membuat surat aku janji.
“Suspek tidak ditahan kerana mangsa yang hanya mengalami kerugian kecil tidak keberatan (menarik laporan). Suspek diminta membuat pengakuan saja,” katanya.