Indonesia catat 35 kematian hari ini
JAKARTA: Indonesia mencatatkan 35 kematian hari ini akibat pandemik Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 930 korban setakat ini.
Liputan6 melaporkan, 338 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini dengan keseluruhan 12,776 kes.
Jurucakap kementerian kesihatan, Achmad Yurianto berkata, sehingga hari ini, 96,717 individu sudah menjalani ujian dan 2,381 disahkan sembuh.