Israel gempur kedudukan tentera Hamas
Gaza City: Tentera Israel mengebom kedudukan sayap tentera Hamas Briged Izz ad-Din al-Qassam. di Semenanjung Gaza, awal pagi Khamis.
Koresponden agensi berita Anadolu melaporkan pesawat tentera rejim itu menyasarkan lokasi briged berkenaan.
Bagaimanapun, tiada laporan kemalangan jiwa.
Israel mendakwa, serangan itu sebagai tindak balas terhadap ‘belon berapi’ yang diterbangkan dari Gaza ke kawasan yang dikuasai Israel.