Israel pintas peluru berpandu dari Semenanjung Gaza
BAITULMAQDIS: Sistem antiroket Israel memintas peluru berpandu yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua, memetik tentera Israel.
Bedilan roket itu mencetuskan bunyi bising siren di selatan bandar Sderot dan komuniti lain di kawasan sekitar Semenanjung Gaza.
Seorang jurucakap tentera berkata dalam satu kenyataan “satu peluru berpandu dilancarkan dari Semenanjung Gaza menyasarkan wilayah Israel dan berjaya dipintas.”
Laman berita Ynet melaporkan serpihan roket menyebabkan beberapa kenderaan di Sderot mengalami kerosakan.
Tiada kecederaan dilaporkan.