Jeddah ‘ditutup’ semula

Riyadh: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengambil keputusan melaksanakan semula perintah ‘lockdown’ di Jeddah yang menjadi pintu masuk ke Makkah, bermula hari ini hingga 20 Jun depan.

Gulf News memetik laporan Agensi Berita Saudi (SPA), tindakan itu diambil

susulan adanya peningkatan bilangan kes jangkitan Covid-19 di Jeddah dan ia sebahagian langkah kerajaan Arab Saudi untuk mengekang penularan wabak.

Berikutan pelaksanaan semula perintah berkurung itu, penduduk dilarang melakukan pergerakan bermula jam 3 petang hingga 6 pagi termasuk ke tempat kerja tidak kira di sektor awam mahupun swasta.

Selain itu, penduduk juga dilarang makan dan minum di dalam restoran atau kafe serta menunaikan solat berjemaah melebihi lima orang di dalam masjid.

Bagaimanapun, kementerian memaklumkan pengangkutan darat dan udara untuk masuk dan keluar dari Jeddah masih dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh berkenaan.

Keputusan itu diambil berdasarkan penilaian yang dibuat oleh pihak berkuasa kesihatan selepas meneliti situas

Semua pekerja dan kumpulan penting yang terkecuali tetapi perlu mematuhi peraturan dan prosedur pencegahan.

Seorang pegawai dari kementerian dalam negeri memaklumkan jumlah kes di Riyadh juga akan dipantau dalam beberapa hari mendatang untuk menentukan langkah harus diambil.

Ketika ini, tiada sekatan di semua bandar dan wilayah lain tetapi ada kemungkinan kementerian memperbaharui peraturannya sekiranya keadaan bertambah buruk.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19