Kenderaan PBB diserang di Rakhine

Yangon: Seorang kakitangan kesihatan kerajaan Myanmar cedera dan pemandunya maut selepas kenderaan dengan pelekat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dinaiki mereka diserang Tentera Arakan di Rakhine.

Kenderaan berkenaan dipercayai membawa sampel Covid-19.

Kejadian itu berlaku ketika kenderaan berkenaan dalam perjalanan untuk menghantar sampel ke makmal di Yangon dan diserang kumpulan bersenjata berhampiran jambatan Yarmaung di bandar Rakhine di Minbya pada Isnin petang.

Pemandu kenderaan, Pyae Sone Win Maung adalah kakitangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus membuat kenyataan di Twitter dan menyifatkan kejadian berkenaan sebagai ‘kehilangan nyawa yang tragik dalam usaha menyelamatkan dunia’.

Jurucakap tentera, Brigadier General Zaw Min Tun memaklumkan AFP bahawa kakitangan kesihatan itu, Aung Myo Oo sudah dipindahkan ke hospital di Sittwe.