Lubnan lancar operasi ketenteraan

Moscow: Perdana Menteri Lubnan Hassan Diab pada Selasa berlata, rejim Israel mencemari kedaulatan Lubnan dan melakukan operasi ketenteraan “berbahaya” di sempadan kedua-dua negara, lapor agensi berita Sputnik.

“Semalam, Israel sekali lagi mencemari kedaulatan Lubnan dan mencabuli Resolusi 1701 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan melakukan operasi ketenteraan yang berbahaya,” kata Diad.

Perdana Menteri itu turut memberi amaran hubungan kedua-dua negara mungkin ‘tergugat memandangkan ketegangan yang berlaku di sempadan’.

Pengumuman itu susulan insiden berbalas tembakan yang berlaku pada Isnin di sempadan Israel-Lubnan di kawasan pertanian Shebaa yang menjadi pertikaian.

Seorang sumber tempatan memberitahu Sputnik, Israel turut membedil penempatan Kfarchouba di selatan Lubnan selama kira-kira setengah jam.

Minggu lalu, ketegangan di wilayah itu memuncak selepas terdapat laporan mengatakan Israel melancarkan serangan udara dan membunuh seorang pejuang Hizbullah di selatan Damsyik.