Maut ketika hantar kit ujian pantas
Papua: Seorang juruterbang wanita maut selepas pesawat ringan yang dipandunya terhempas ke dalam Tasik Sentani ketika mahu menghantar alat ujian pantas Covid-19 di sebuah desa terpencil di Indonesia pada pagi Selasa lalu.
CCN melaporkan, wanita warga Amerika Syarikat, Joyce Lin, 40, baru sahaja memulakan penerbangan pada pagi itu dengan pesawat Kodiak untuk pergi ke Mamit apabila dia membuat laporan kecemasan.
Pesawat itu terhempas ke dalam tasik dan Joyce berada di dalamnya.
Ibu bapa dan dua adiknya enggan membuat sebarang komen dan meminta tidak diganggu.
Indonesia sehingga kini mempunyai 15,000 kes Covid-19 dan 1,000 kematian.