Pelakon cantik ‘terjerat’?

Medan: Seorang pelakon Indonesia ditahan pihak berkuasa negara itu selepas dipercayai terbabit dengan kes pelacuran dalam talian.

Difahamkan, ketika serbuan di sebuah bilik hotel itu, dia ditahan bersama-sama dengan seorang lelaki.

Pihak berkuasa sehingga kini belum mengesahkan identiti artis berkenaan tetapi memberi huruf H sebagai pangkal nama suspek.

Bagaimanapun, media tempatan sudah mula melaporkan Hana Hanifah yang juga popular sebagai personaliti media sosial di negara itu sebagai artis berkenaan.

Selain itu, polis juga masih belum mengesahkan peranan suspek dalam kes berkenaan.