Penyelidik Covid-19 mati ditembak
Pittsburgh: Seorang penyelidik di Amerika Syarikat yang dikatakan sudah membuat penemuan signifikan dalam kajian Covid-19, mati ditembak, pada Sabtu.
CNN melaporkan mangsa, Bing Liu, yang juga profesor di Universiti Pittsburgh ditemui mati di rumahnya.
Suspek yang membunuh lelaki itu dikatakan membunuh dirinya, selepas kejadian.
Mayat suspek yang masih tidak dikenal pasti identitinya di dalam sebuah kereta, tidak jauh dari tempat kejadian.
Polis percaya Liu dan suspek saling mengenali, tetapi menegaskan bahawa kejadian ‘bukan berpunca kerana Liu adalah seorang berbangsa Cina’.