PM Britain semakin pulih
London: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menunjukkan keadaan lebih baik selepas dipindahkan ke wad biasa.
Beliau sebelum ini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) selama tiga hari dan menerima bantuan oksigen.
Menurut seorang jurucakap, perdana menteri itu akan terus dipantau dalam fasa awal pemulihan, selepas dijangkiti Covid-19.
Belai juga dikatakan mula berjalan, walaupun pemulihnnya masih di peringkat awal.
“Perdana Menteri terus mencatatkan perkembangan yang baik,” kata jurucakap Downing Street.
Perdana menteri berusia 55 tahun itu dimasukkan ke Hospital St Thomas di London Ahad lalu, 10 hari selepas diuji positif Covid-19.
Buat pertama kalinya, hari ini Britain mencatatkan hampir 1,000 kematian harian akibat pandemik berkenaan.