Sepanyol catat penurunan jumlah kematian

Madrid: Sepanyol mencatatkan penurunan dalam jumlah kematian akibat Covid-19 untuk tiga hari berturut-turut dengan 510 korban dicatatkan hari ini.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kematian di negara berkenaan adalah 16,353 dan jumlah kes baharu dicatatkan sebanyak 4,800 kepada 161,852.

Menteri Kesihatan berkata, penutup muka dan hidung akan diberikan kepada orang awam di stesen kereta api mulai Isnin nanti dan beberapa syarikat juga akan memulakan operasi selepas ‘berehat’ selama dua minggu.

Walaupun Ketua Kesihatan berkata pandemik berkenaan sudah sampai ke waktu kemuncaknya, namun kerajaan mahu rakyat terus mematuhi perintah berkurung yang berlangsung sejak 14 Mac lalu hingga 25 April nanti.

Namun, kerajaan membayangkan untuk menyambung semula perintah kawalan berkenaan selama dua minggu lagi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19