Singapura catat 1,426 kes baharu Covid-19
Singapura: Singapura melaporkan peningkatan sehingga 1,426 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 8,014 kes.
Hampir kesemua kes jangkitan baharu dikaitkan dengan kluster asrama pekerja asing.
Sebelum ini, republik berkenaan dilihat berjaya mengekang penyebaran wabak itu melalui ujian ketat selain pengesanan kontak namun, ia kini dilihat berdepan gelombang kedua yang bergerak pantas.
Kementerian kesihatan berkata, sebahagian besar kes baharu ini membabitkan pemegang Permit Pekerja yang tinggal di asrama pekerja manakala, 16 kes membabitkan warga Singapura dan Penduduk Tetap.
Sekitar 200,000 pekerja tinggal di asrama.
Setakat ini, Singapura menyediakan 12 asrama sebagai ruang pengasingan yang menempatkan pekerja asing dari Bangladesh, India, China dan Myanmar.