Tragedi lombong jed: 113 maut

Yangon: :Lebih 100 orang maut apabila terperangkap dalam lumpur dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perlombongan batu jed di utara Myanmar pada Khamis.

Jabatan Bomba Myanmar dalam hantaran Facebook mengesahkan bencana itu berlaku apabila hujan lebat di negeri Kachin, sempadan China.

“Kumpulan pelombong yang sedang bekerja ditimbus lumpur.

“Jumlah semua mayat mangsa yang ditemui setakat ini adalah 113,” kata jabatan itu.

Polis tempatan mengesahkan kepada AFP, 99 mayat ditemui pada tengah hari, manakala 20 lagi cedera.

Katanya, usaha mencari dan menyelamat terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan hujan lebat.

Polis berkata, angka kematian mungkin semakin tinggi jika pihak berkuasa tidak mengeluarkan amaran supaya mereka menjauhi kawasan perlombongan sehari sebelum kejadian.