Trump umum ‘perjanjian damai bersejarah’ antara Israel, UAE

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump hari ini membuat pengumuman mengejutkan mengenai perjanjian damai antara Israel dan Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Langkah mengembalikan hubungan antara UAE dan Israel itu adalah ‘perkembangan besar’, kata Trump menerusi Twitternya dan menyifatkannya sebagai ‘perjanjian damai bersejarah di antara dua rakan baik’.

Bercakap kepada media selepas itu, Trump menjangkakan lebih banyak hubungan diplomatik antara Israel dan negara jirannya yang beragama Islam di wilayah itu akan berlaku.

“Perkara sedang berlaku dan ada yang saya tidak boleh beritahu,” katanya.