1.3 juta jadi korban Covid-19

Paris: Covid-19 telah mengorbankan sekurang-kurangnya 1.3 juta individu sejak ia mula dikesan di China hujung tahun lalu.

Berdasarkan data yang dikumpul AFP dari sumber rasmi, sekurang-kurangnya 53.4 juta kes direkodkan di seluruh dunia dengan 34.32 juta disahkan sembuh.

Pada Jumaat, 9,995 kematian dan 660,538 kes baharu dicatatkan di seluruh dunia dengan kematian tertinggi dicatatkan di Amerika Syarikat (AS) iaitu sebanyak 1,596, diikuti Perancis (932) dan Mexico (568).

Secara keseluruhan AS mencatatkan 244,364 kematian dengan 10.7 juta kes jangkitan.

Brazil yang merekodkan kes jangkitan kedua tertinggi di dunia selepas AS mencatatkan 164,737 kematian dari 5.8 juta jangkitan; India (129,188 kematian, 8.8 juta jangkitan), Mexico (97,624 kematian, 997,393 jangkitan) dan United Kingdom (51,304 kematian, 1.3 juta jangkitan).