100 hari bebas Covid-19

BANGKOK: Thailand melakar kejayaan apabila mencatatkan kes sifar jangkitan Covid-19 tempatan dalam tempoh 100 hari berturut-turut.

Lapor Bangkok Post, data Kementerian Kesihatan menunjukkan, negara itu tidak merekodkan sebarang jangkitan komuniti sejak 26 Mei lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih menemui jangkitan antara pelancong yang tiba di di kawasan pelancongan, namun mereka dikuarantin dan dibenarkan keluar bersama komuniti selepas pulih sepenuhnya.

Seperti Taiwan dan New Zealand, negara lain yang berjaya melepasi 100 hari sebelum jangkitan tempatan muncul kembali, kejayaan Thailand bergantung kepada kawalan sempadan yang tidak membenarkan kemasukan warga asing sejak berbulan-bulan.

“Kami berjaya membendung virus itu dan sekarang masa sesuai untuk fokus aktiviti ekonomi.

“Semakin lama kami menutup pintu sempadan semakin banyak akan terjejas ,” kata Ketua Ekonomi Bank of Ayudhya Plc di Bangkok, Somprawin Manprasert.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19