1,514 kematian dalam 24 jam

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mencatatkan 1,514 kes kematian dalam tempoh 24 jam akibat wabak Covid-19.

Rekod berkenaan berdasarkan jangkaan Johns Hopkins University setakat jam 8.30 malam tadi.

Bagaimanapun, angka maut berkenaan sedikit rendah berbanding 1,920 yang direkodkan sehari sebelumnya.

Wabak berkenaan kini mengancam nyawa sekurang-kurangnya 22,020 orang di kebanyakan negeri di AS.

Berdasarkan kajian universiti yang berpangkalan di Baltimore, jumlah jangkitan di AS adalah 555,313 kes, sekali gus tertinggi di dunia.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19