20 orang ditembak mati dalam perebutan tanah

KHARTOUM: Seorang lelaki menembak mati sekurang-kurangnya 20 orang termasuk kanak-kanak yang melawat ladang mereka di Darfur untuk pertama kali tahun ini, kata ketua suku, pada Sabtu.

“Dua bulan lalu, kerajaan mengadakan mesyuarat antara pemilik asal tanah berkenaan dan mereka yang mengambil alih ladang berkenaan ketika perang di Darfur.

“Satu persetujuan sudah dicapai di antara pemilik tanah yang akan memulangkan semula ladang mereka namun lelaki bersenjata datang Jumaat lalu dan menembak mati 20 orang termasuk dua wanita dan kanak-kanak,” kata Ibrahim Ahmad kepada AFP.

Darfur adalah wilayah bergolak sejak 2003 antara etnik minoriti yang mendakwa dipinggirkan dengan pasukan yang setia kepada presiden yang digulingkan Omar al-Bashir.