275 kes baharu Covid-19 di Indonesia

Jakarta: Indonesia melaporkan 275 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan keseluruhan kes mencecah 8,882.

Liputan6 melaporkan, jurucakap kementerian kesihatan, Achmad Yurianto berkata, seramai 23 individu disahkan meninggal dunia akibat virus itu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan korban Covid-19 di Indonesia mencecah 743.

Berdasarkan data worldometers, angka kematian direkodkan Indonesia jauh lebih ramai berbanding Filipina (501), Malaysia (98), Thailand (51), Singapura (12), Myanmar (5) dan Brunei (1).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19