3 penduduk maut, 5 kanak-kanak diculik

Douala: Tiga penduduk kampung maut, lima kanak-kanak diculik dalam serangan dipercayai dilakukan kumpulan Boko Haram di utara Cameroon.

Datuk Bandar, Moukar Medjewah berkata, serangan itu yang adalah yang kedua sejak Khamis lalu di kampung Oudal, enam kilometer dari sempadan negara itu dengan Nigeria yang menjadi markas kumpulan itu.

“Semua mangsa adalah lelaki dan kanak-kanak yang diculik berusia antara tiga hingga 15 tahun,” katanya.

Serangan oleh kumpulan Boko Haram dan Negara Islam di Wilayah Afrika Barat (ISWAP) sering berlaku sejak kebelakangan ini seperti terutama di sepanjang sempadan Nigeria dengan Chad dan Niger.

Sementara itu, Ketua Tradisional Mozogo, Mahamat Chetima Abba mengesahkan serangan itu dan mengaitkannya dengan Boko Haram.

Orang awam terutamanya wanita dan kanak-kanak sering diculik kumpulan terbabit selepas Boko Haram bermaharajalela pada 2009 di timur laut Nigeria dan merebak ke negara jiran.

Sejak itu, lebih 36,000 orang terbunuh, kebanyakannya di Nigeria dan tiga juta orang terpaksa meninggalkan rumah mereka, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).