378 kg duit syiling!

Charlotte: Sebuah pusat akuarium di North Carolina, Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan wang syiling seberat 100 gelen (kira-kira 378 kilogram) di salah satu air terjunnya.

Lapor United Press International, syiling berkenaan dibaling orang ramai sebagai simbolik memohon hajat, selama tempat 14 tahun pusat itu beroperasi.

Akuarium North Carolina yang terletak di Pine Knoll Shores berkata, pekerja mengeringkan air terjun terbabit yang tempat pengunjung membuang syiling untuk membuat permintaan hajat.

Katanya, pekerja mengeluarkan 100 gelen syiling termasuk cermin mata, alat permainan dan barangan kemas.

Pegawai berkata, wang terbabit akan digunakan untuk membiayai kos penjagaan haiwan di tempat itu berikutan kemudahan itu terjejas hampir enam bulan ditutup akibat Covid-19.

Katanya, buat masa ini mereka masih belum mengenal pasti jumlah sebenar syiling terbabit.