4,000 hektar terbakar dalam tiga jam

Los Angeles: Lebih 500 penghuni kediaman di utara Los Angeles diarahkan berpindah susulan kebakaran hutan.

Ia selepas kebakaran itu sudah membabitkan kawasan seluas 10,000 ekar (kira-kira 4,406 hektar), petang Selasa.

Jurucakap bomba berkata, kebakaran bermula di kawasan berhampiran Lake Hughes yang terletak kira-kira 90 minit perjalanan dari Los Angeles.

Dalam masa kira-kira tiga jam, ia sudah merebak membabitkan kawasan seluas 10,000 ekar.

Ketika ini, pelbagai agensi bertungkus-lumus untuk memadam kebakaran berkenaan.

Operasi membabitkan lebih 300 anggota bomba dengan dibantu oleh pesawat dan helikopter.

Dalam pada itu, asap tebal kelihatan di kawasan kebakaran.