46 juta penduduk Perancis dikenakan perintah berkurung

Paris: Perancis menguatkuasakan perintah berkurung pada waktu malam membabitkan dua pertiga daripada penduduk negara itu, iaitu kira-kira 46 juta orang, mulai malam Jumaat.

Ia susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang melepasi sejuta di negara itu.

Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata, perintah berkurung itu akan berkuat kuasa selama enam minggu.

Minggu lalu, perintah berkurung itu dikuatkuasakan di Paris dan lapan bandar utama lain di negara itu.

Bagaimanapun, dengan perkembangan terbaharu itu, perintah sama dikuatkuasakan di 38 kawasan lain.

Perintah berkurung itu antara jam 9 malam hingga 6 pagi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19