69 maut akibat gempa bumi di Turki

Ankara: Usaha mencari dan menyelamat diteruskan di wilayah Aegean Turki pada Ahad petang apabila gempa bermagnitud 6.6 melanda wilayah itu, lapor Agensi Anadolu.

Angka kematian akibat gempa pada Jumaat meningkat kepada 69 orang, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turki.

Sejak 7 malam waktu tempatan, kira-kira 987 gempa susulan, dengan 43 daripadanya yang bermagnitud lebih empat melanda kawasan itu, kata AFAD.

Ia menambah 949 mengalami kecederaan, manakala 729 daripadanya sudah dibenarkan keluar dari hospital, 220 masih dalam rawatan.

Pusat penginapan sementara turut diwujudkan ditubuhkan bagi memenuhi keperluan mendesak di Izmir.

Setakat ini, 1,040 khemah telah dipasang, dengan lebih 1,430 lagi dalam proses pemasangan.