876 kes baharu Covid-19 di Singapura

SINGAPURA: Angka jangkitan Covid-19 di Singapura hari ini terus melonjak kepada 23,336 kes.

Channel News Asia melaporkan, republik itu merekodkan pertambahan 876 kes baharu yang dilaporkan sehingga tengah hari ini.

Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, daripada jumlah itu, tiga kes membabitkan warga republik itu atau penduduk tetap.

Manakala, sebahagian besar kes dilaporkan daripada pemegang permit kerja yang menghuni asrama pekerja asing.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19