932 kes baharu Covid-19 di Kota Singa

SINGAPURA merekodkan pertambahan 932 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, lapor portal Channel News Asia.

Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu mencecah 17,101.

Menurut MOH, kebanyakan kes membabitkan pemegang permit kerja yang menetap di asrama pekerja asing.

Daripada jumlah itu, lima kes adalah membabitkan penduduk tetap atau rakyat tempatan.

Semalam Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengumumkan pelonggaran sekatan pergerakan separa dan ekonomi bakal dibuka semula secara berperingkat selepas kes dalam komuniti menurun.