Ahli Parlimen ditahan kerana merogol

London: Seorang ahli Parlimen yang juga bekas menteri dari Parti Konservatif yang berkuasa di Britain ditahan selepas pembantu parlimen menuduhnya melakukan pemerkosaan, serangan seksual dan kawalan paksaan.

Polis Metropolitan dalam kenyataannya menjelaskan siasatan sudah dimulakan terhadap ahli politik tidak dinamakan itu.

“Pada Jumaat lalu, Polis Metropolitan menerima tuduhan berkaitan dengan empat kejadian berasingan yang membabitkan tuduhan melakukan kesalahan seksual dan serangan.

“Seorang lelaki berusia 50-an ditahan, semalam kerana disyaki memperkosa. Dia sudah dibebaskan dengan jaminan,” menurut anggota polis.

Akhbar Sunday Times turut melaporkan bahawa tuduhan itu turut diketengahkan pegawai kanan parti Konservatif.

Dalam kenyataan jurucakap Konservatif yang dipetik oleh Press Association berkata, pihaknya memandang serius semua tuduhan dan memandangkan kini dalam siasatan polis, pihaknya tidak mahu mengulas lanjut.