Ahli perniagaan curi kenderaan roda dua

Nagpur (India): Akibat terdesak, dua ahli perniagaan mencuri kenderaan roda dua selepas perniagaan mereka merosot akibat perintah berkurung susulan pandemik Covid-19.

Beberapa bulan lalu, dua ahli perniagaan ini berusaha keras mengembangkan perniagaan masing-masing, namun mereka berdepan krisis kewangan akibat pandemik ini.

Akibatnya, mereka berdua terjebak dalam perbuatan salah.

Sabtu lalu, polis Nagpur menahan Monish Dadlani, 27 dan Vivek Sevak Gumnani, 22, serta menemui 10 kenderaan dua roda bernilai hampir Rs3 lakh.

Kenderaan itu kemudian dirampas, kata Ketua Balai Polis Sadar Inspektor Mahesh Bansode, Ahad.

Kedua-duanya mula mencuri kenderaan dua roda itu selepas perniagaan mereka merosot teruk, dan terdesak untuk membayar semula pinjaman, katanya.

Dadlani adalah pemilik unit pengeluaran pakaian, manakala Gumnani terbabit dalam bidang pelancongan.