Aksi lelaki usia 103 tahun

Texas: Seorang warga emas di Amerika Syarikat memecah rekod sebagai peluncur udara tertua dunia.

Rekod itu diiktiraf Guinness World of Record selepas Alfred Blaschke yang berusia 103 tahun membuat terjunan lagak ngeri dari pesawat di Texas.

Dilaporkan United Press International, Blasche berkecimpung dalam sukan luncur udara ketika menyambut ulang tahunnya ke 100, tiga tahun lalu.

Warga emas itu berjanji kembali melakukan sukan ekstrem itu jika cucu kembarnya, Kevin dan Jason lulus pengajian di universiti.

Sebagai memenuhi janji, Blaschke membuat aksi berkenaan bersama tenaga pengajar bertauliah di Skydive Spaceland San Marcos, Don Cameron, Julai lalu.

BLASCHKE ketika membuat terjunan udara  pada 2017 (kiri) dan terbaharu.
BLASCHKE ketika membuat terjunan udara pada 2017 (kiri) dan terbaharu.