Anak jadi pemuas nafsu pedofilia

Manila:Akibat kemiskinan, ramai wanita di Filipina terdesak mengeksploitasi anak mereka sebagai alat pemuas nafsu lelaki pedofilia.

Pakar percaya trend tidak bermoral itu semakin bertambah sejak pandemik Covid-19 kerana kebanyakan ibu bapa kehilangan pekerjaan dan mencari pendapatan baharu.

Lapor ABC News, sejak Mei lalu, lapan wanita ditahan di Filipina kerana menjual aksi lucah penstriman langsung anak mereka di internet serta 56 kanak-kanak berjaya diselamatkan Polis Persekutuan Australia (AFP).

Satu kes membabitkan, tujuh kanak-kanak termasuk bayi berusia tiga bulan diselamatkan dari sebuah rumah di Manila selepas dipergunakan ibu mereka untuk melayan nafsu pelanggan pedofilia menerusi Internet.

Ibu miskin di Cebu, Vilma, 36, menawarkan layanan itu kepada pedofilia di sekitar Australia, Jerman dan Amerika Syarikat dengan bayaran antara AUD$15 (RM44.52) hingga AUD$613 (RM1,819.58) selama lima tahun.

Rahsia Vilma terbongkar selepas AFP menemui bahan bukti ketika menahan beberapa lelaki di kediaman di Queensland yang melanggan penstriman video lucah kanak-kanak dari Filipina.

Vilma kini dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan diarahkan membayar sejumlah nilai pampasan besar kerana merosakkan maruah anak sendiri.