Anak sulung Trump positif Covid-19

Washington: Anak sulung kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Donald Trump Jr, 42, disahkan positif Covid-19.

Jurucakap anaknya pada Jumaat berkata, beliau tidak bergejala dan kini menjalani kuarantin.

“Don disahkan positif pada awal minggu ini dan menjalani kuarantin di kabinnya sejak mendapat tahu keputusan berkenaan,” kata jurucakap berkenaan.