Ancaman hawar bubonik pula!

Beijing: Pihak berkuasa meningkatkan langkah berjaga-jaga selepas seorang pengembala di wilayah pedalaman Mongolia di utara China disahkan mengalami hawar bubonik

Lelaki terbabit kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di sebuah hospital di Banyannur, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.

Suruhanjaya itu juga melarang pemburuan dan menjadi binatang yang boleh membawa penyakit itu terutama marmot sejenis tupai sebagai sumber makanan sehingga akhir

tahun ini.

Selain itu. ia menggesa orang ramai melaporkan kematian binatang yang berpenyakit.

Penyakit berkenaan jarang menular di China, namun ia boleh dirawat.

Dianggarkan, sekurang-kurangnya lima orang meninggal dunia akibat penyakit itu sejak 2014.

Seorang lagi yang disyaki dijangkiti penyakit berkenaan adalah remaja berusia 15 tahun pada Isnin di Mongolia, lapor agensi berita China, Xinhua.

Remaja lelaki terbabit mengalami demam slepas makan marmot yang diburu anjingnya, kata Xinhua.

Dua lagi kes disahkan di Wilayah Khovd, Mongolia minggu lalu membabitkan adik-beradik yang juga memakan daging marmot, tambah agensi itu.

Selain itu, 146 individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit itu kini dikuarantin.