Angka positif Covid-19 di Indonesia lepasi 10,000

Jakarta: Indonesia mencatatkan 347 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlahnya melebihi 10,000.

Jurucakap kementerian kesihatan, Achmad Yurianto berkata, setakat ini Indonesia merekodkan 10,118 kes positif Covid-19.

Lapan kematian turut dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 792 individu maut akibat pandemik berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19