Angkasawan AS, Jepun ke ISS

Washington: Empat angkasawan Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk berlepas dengan SpaceX Crew Dragon Resilience ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), sekali gus menjadi harapan AS untuk memperbanyak misi rutin selepas ujian penerbangan berjaya dilakukan pada akhir musim bunga lalu.

Angkasawan itu terdiri daripada tiga rakyat AS iaitu Michael Hopkins, Victor Glover dan Shannon Walker serta Soichi Noguchi dari Jepun yang berlepas jam 12.27 tengah malam tadi dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida.

Pada Mei lalu, SpaceX pelengkap misi apabila membawa angkasawan ke ISS dan membawa mereka kembali dengan selamat, sekali gus mengakhiri satu dekad kebergantungan terhadap roket Soyuz dari Rusia.

Pentadbir Nasa, Jim Bridenstine berkata, sejarah yang dilakar itu disebut sebagai penerbangan operasi ke ISS.

Kru kapal akan berlabuh di destinasi mereka sekitar jam 4 pagi Selasa ini dan bergabung dengan dua warga Rusia dan seorang warga Amerika di dalam stesen untuk tinggal bersama selama enam bulan.

Nasa beralih ke SpaceX dan Boeing selepas menutup program Space Shuttle pada tahun 2011, yang mana ia gagal dalam objektif utamanya menjadikan perjalanan ruang angkasa berpatutan dan selamat.

MUSK alami gejala ringan Covid-19.
MUSK alami gejala ringan Covid-19.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX dan Tesla, Elon Musk memaklumkan dia berkemungkinan besar dijangkiti Covid-19 namun menerima keputusan ujian saringan yang berbeza.

Musk berkongsi perkara berkenaan di Twitter miliknya dengan memberitahu mengalami gejala ringan.

Pada Jumaat lalu, beliau melakukan empat ujian saringan dengan dua disahkan positif, manakala dua lagi negatif.

Musk yang memiliki 40 juta pengikut di Twitter berkata, simptom dialami ada turun naik seperti demam biasa, tetapi dia menderita sakit badan dan pening yang ketara berbanding batuk dan selesema.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19