Arab Saudi lantik 10 pegawai kanan wanita

Riyadh: Arab Saudi melantik 10 wanita untuk menggalas sebagai pegawai kanan di dua masjid di Makkah dan Madinah.

Ia adalah langkah yang di luar kebiasaan di negara berkenaan.

Individu berkenaan dilantik untuk bertugas beberapa jabatan termasuk pentadbiran dan teknikal.

Berdasarkan kenyataan rasmi, pelantikan berkenaan sebagai usaha memperkasa kelayakan dan keupayaan wanita Arab Saudi.

Kedua-dua kota suci itu sebelum ini menyaksikan 41 wanita dilantik ke jawatan ketua pada 2018.

Inisiatif itu antara Putera Mahkota Mohammed Salman menerusi pelan ‘Wawasan 2030’ bagi mempelbagaikan ekonomi negara itu dan mengurangkan kebergantungannya kepada minyak.

Pada tahun lalu, jumlah pekerja wanita di Arab Saudi mencecah 1.03 juta iaitu 35 peratus daripada tenaga kerja negara itu.

Ia berbanding 816,000 orang pada 2015.

Selain itu, antara langkah pembaharuan lain diperkenalkan di negara itu termasuk kebenaran untuk memandu bagi wanita.

Selain itu, pawagam dibuka semula dan wanita dan lelaki boleh bergaul ketika konsert dan tempat awam.