Arab Saudi nafi wujud pertemuan dengan PM Israel

Riyadh: Arab Saudi menafikan laporan media Israel bahawa berlakunya perbincangan antara Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman ketika lawatan Setiausaha Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo.

“Saya ada membaca laporan mengenai pertemuan antara Putera Mahkota (Mohammed bin Salman) dan pegawai Israel ketika lawatan @SecPompeo baru-baru ini,” tulis Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan di Twitter.

“Tiada pertemuan seumpama itu berlangsung. Yang hadir ketika itu hanyalah pegawai dari AS dan Saudi,” katanya.

Berita berkaitan

• PM Israel adakan rundingan rahsia dengan Arab Saudi