AS catat korban Covid-19 tertinggi dunia

JUMLAH korban Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) kini paling tinggi di dunia mengatasi Itali, lapor agensi berita Anadolu memetik Johns Hopkins University.

Setakat Sabtu lalu, seramai 19,882 orang maut dan 514,415 lagi dijangkiti virus itu di tengah-tengah AS berjuang menghentikan rantaian jangkitan dan seramai 29,347 lagi pesakit di negara itu pulih.

Ia diikuti Itali yang mencatatkan korban seramai 19,468 orang.

New York, negeri paling teruk terjejas menyaksikan lebih 6,367 kematian.

Jumlah kes paling tinggi juga di AS disusuli Sepanyol, Itali dan Perancis.

Mula dikesan di Wuhan, China pada Disember lalu, Covid-19 kini menular ke sekurang-kurangnya 185 negara dan wilayah.

Terdapat lebih 1.75 juta orang dijangkiti dengan kira-kira 108,000 kematian, manakala lebih 395,000 pesakit sembuh.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19