AS yakin vaksin Covid-19 keluar hujung tahun

Washington: Amerika Syarikat (AS) bakal mempunyai vaksin koronavirus (Covid-19) hujung tahun ini, kata Presidennya, Donald Trump semalam.

“Kami yakin akan mempunyai vaksin itu menjelang akhir tahun… pada hujung tahun,” katanya dalam ‘town hall’ Fox News yang bersiaran dari Lincoln Memorial di sini.

Beliau juga mendesak supaya sekolah dan universiti dibuka semula pada September dengan berkata, “saya mahu mereka kembali.”

Dalam pada itu, kematian akibat wabak Covid-19 di AS meningkat kepada 1,450 dalam tempoh 24 jam, menurut data dikeluarkan Johns Hopkins University.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara itu lebih 67,600, setakat ini.

Universiti di Baltimore itu juga merekodkan lebih 1.15 juta kes pandemik itu di AS setakat Ahad.