Bahrain buka semula masjid 1 November

Manama: Masjid di Bahrain akan dibuka semula untuk solat Zuhur mulai 1 November, kata Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam (SCIA).

Keputusan itu berdasarkan persetujuan Pasukan Petugas Nasional Memerangi Koronavirus (Covid-19) Nasional, yang membenarkan masjid dibuka kepada jemaah untuk solat Subuh dan Zuhur, lapor agensi berita Bahrain (BNA).

Langkah berjaga-jaga akan dilaksanakan untuk memastikan keselamatan jemaah semasa solat dua waktu itu, kata SCIA.

Solat jemaah dan Jumaat ditangguhkan di Bahrain pada 28 Mac lalu selepas masjid ditutup untuk mengurangkan penyebaran Covid-19.

Solat subuh dibenarkan pada 28 Ogos lalu sebagai langkah pertama pembukaan semula masjid secara beransur-ansur serta penyambungan semula ibadah berjemaah dan perjumpaan keagamaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19