Bahrain ikut langkah UAE

Washington: Bahrain menjadi negara Arab terbaharu yang berhasrat untuk memulihkan hubungan dengan Israel.

Ia diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump selepas perbualan telefon bersama-sama dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Raja Bahrain, Hamad Isa Al Khalifa.

Ketiga-tiga pemimpin kemudian turut mengeluarkan kenyataan bersama berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan langkah sama atas inisiatif AS pada 13 Ogos lalu.

UAE dijangka menandatangani perjanjian rasmi bagi tujuan itu di Rumah Putih pada 15 September ini.

Pada acara sama, Bahrain dijangka turut menandatangani perjanjian sama.