Banjir di Vietnam: 18 terkorban

Hanoi: Bencana banjir dan tanah runtuh dicetuskan hujan lebat yang melanda wilayah tengah Vietnam meragut sekurang-kurangnya 18 nyawa, manakala 14 yang lain masih hilang, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Sehingga pagi Isnin, seramai 45,835 penduduk sudah dipindahkan.

Hujan lebat memusnahkan sebanyak 382 rumah dan menenggelamkan 109,034 yang lain.

Bencana itu turut merosakkan sawah padi, kawasan pertanian dan perikanan selain membunuh 271 lembu serta 150, 489 ternakan lain.

Sebanyak 17 kapal mengalami kerosakan dan tiga kru kapal maut, manakala empat yang lain masih hilang.

Misi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Hujan lebat dijangka berterusan pada Selasa.